







Majlis Sambutan Ulangtahun Kelahiran Sahabat adalah merupakan salah satu aktiviti tahunan Kerabat Sahabat KajangBerlipat. Pada tahun 2008 majlis sambutannya telah diadakan pada bulan Julai,Ogos,Oktober dan Disember bertempat di Tasik Idaman Bangi.Selain dari ahli Kerabat Sahabat KajangBerlipat majlis juga turut dihadiri oleh sahabat-sahabat lain dan beberapa orang Dj KLFM. Acara bagi majlis tersebut ialah Bacaan Doa,Ucapan Ketua Kerabat,Penyampaian Cenderahati kepada yang dirai,Pemotongan Kek dan Nyanyian Kareoke Sahabat dan Dj-Dj yang hadir.











